Soalan-soalan Lazim
BOOMBA yang dihasilkan melalui teknologi penyediaan yang canggih dapat larut dalam air dengan cepat apabila ia dicelup di dalam air dan menghasilkan karbon dioksida yang banyak. Gelembung gas yang dijana dalam proses pelarutan membolehkan kesannya dibebaskan dalam masa yang singkat untuk membantu mempercepat proses pencernaan dalam badan.
BOOMBA diperbuat daripada buah-buahan berkhaisat dan ekstrak herba tradisional. Ia disediakan dalam bentuk tablet effervescent (larut dalam air) dengan kesan yang berlipat ganda. Dengan penerapan teknologi penguraian yang canggih, BOOMBA berkesan untuk menguraikan kanji, lemak badan, dan alkohol dengan cepat. Selain itu, ia juga kaya dengan ekstrak sayur-sayuran dan buah-buahan untuk membekalkan pelbagai jenis nutrien yang diperlukan oleh badan dalam proses pemulihan dan membolehkan badan sentiasa kekal sihat dan cantik.
Setakat ini, keselamatan wanita hamil dan ibu menyusu mengambil milk thistle masih tidak diketahui. Dengan kata lain, masih tidak mempunyai maklumat yang cukup untuk menyokong/mengesahkan keselamatan pengambilan milk thistle buat masa sekarang, jadi wanita hamil dan ibu menyusu harus mengelakkan pengambilan atas sebab keselamatan.
Anda boleh mengambil 1 biji BOOMBA selepas makan tengah hari, kerana enzim komprehensif di dalamnya berkesan untuk memecahkan makanan kepada molekul kecil yang lebih mudah dicerna dan disera, tanpa membebankan sistem pencernaan. Anda juga boleh mengambil 1 biji BOOMBA sebelum tidur memandangkan proses penyahtoksikan di dalam hati dan pundi hempedu berlaku di antara jam 11:00 malam – 3:00 pagi.
Kitaran penggantian sel di dalam hati mengambil masa kira-kira 120-180 hari. Anda harus memberikan masa selama 4-6 bulan kepada badan untuk menjalankan proses pelarasan memandangkan BOOMBA bukanlah sejenis ubat.
Boleh. BOOMBA sesuai diambil oleh pengamal vegetarian kerana ia tidak mengandungi sebarang unsur yang perlu disembelih, mahupun sebarang ramuan daging.
BOOMBA adalah produk penjagaan kesihatan yang semula jadi, tanpa ditambah sebarang bahan penambah, sakarin, pigmen, perisa, bahan pengawet, dan sebagainya. Ianya tidak akan menimbulkan sebarang kesan sampingan, dan boleh diambil tanpa was-was.
Enzim komprehensif (lipase) yang terkandung di dalam BOOMBA dapat membantu memecahkan dan menguraikan lemak berlebihan dalam badan bagi mengelakkan pengumpulan lemak berlebihan. Oleh itu, di samping mengambil BARDOX untuk menggalakkan proses penyahtoksikan, ia boleh diambil bersama dengan BOOMBA untuk menghasilkan kesan pelangsingan yang lebih ketara.
Ruam selepas mengambil alkohol sebenarnya adalah reaksi alergi, dan ia menunjukkan individu tersebut mungkin alergi terhadap alkohol atau protein dalam ragi bir, hop, histamin, dan sebagainya. Gejala tersebut biasanya akan menjadi reda dalam satu atau dua hari jika anda mengambil air yang secukupnya dan memberi masa kepada badan anda untuk menyingkirkan bahan alergi. BOOMBA boleh diambil jika mengalami masalah ruam selepas mengambil alkohol. Ini adalah kerana kandungan di dalam BOOMBA boleh membantu mengurangkan keradangan dan mempercepat kadar metabolisme alkohol, menghalang reaksi alergi, dan mempercepat proses penyembuhan ruam.
Anda TIDAK disyorkan menggunakan produk ini pada kulit wajah. Bagaimanapun, anda boleh sapukannya pada bahagian dagu berlapis.
Picit gel yang sebesar duit syiling untuk setiap penggunaan demi mencapai kesan terbaik.
Bintik-bintik kuning yang ternampak di dalam gel sebenarnya adalah Manik Emas yang kaya dengan vitamin C & E, dan juga menyediakan perlindungan sinar UV. Setiap botol ROLLIEPOP mengandungi 10,000 manik emas yang tidak memudaratkan kulit kita sama sekali.
Wanita hamil dibenarkan menggunakan ROLLIEPOP kerana Minyak Pati Lavender terkandung di dalamnya boleh membantu melegakan sakit leher/bahu dan juga sakit otot, yang mana juga bermanfaat untuk wanita hamil. Wanita hamil disyorkan menggunakan produk ini dengan lembut. Untuk tujuan keselamatan, sila dapatkan nasihat pakar sakit puan sebelum penggunaan. Wanita hamil tidak disyorkan menggunakan produk ini pada kulit perut mereka, ini adalah kerana ramuan aktif di dalamnya juga memberikan kesan pelangsingan badan. Penggunaan selepas bersalin adalah disyorkan untuk memudarkan tanda regangan kulit.
Kuantiti penggunaan adalah bergantung kepada individu, lebih atau kurang sedikit memang tidak menjadi masalah. Bagaimanapun, jika anda rasa gel urut yang dipicit pada bahagian badan tertentu adalah terlalu banyak, anda boleh sapukannya pada bahagian badan yang lain, dan diurut kemudian.